bukan cinta biasa

January 19, 2008 at 4:05 am (1)

Permalink Leave a Comment

January 18, 2008 at 1:57 pm (1)

Perkahwinan buka pintu rezeki, elak maksiat

Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Islam utamakan hidup berkeluarga, lahir zuriat suci sebagai khalifah Allah di muka bumi

RUANGAN sebelum ini menyentuh bagaimana Islam menilai perkahwinan bukan saja sebagai satu akad yang mengikat dua insan saling menyukai tetapi mempunyai hubungan rapat dengan unsur keagamaan.

Atas dasar itu, Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaan-Nya.

Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.

Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.

Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.

Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: “Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.

Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai ’satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.’

Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Permalink Leave a Comment

January 18, 2008 at 11:57 am (1)

<object width=”425″ height=”355″><param name=”movie” value=”http://www.youtube.com/v/qkkwgrjOBFQ&rel=1″></param><param name=”wmode” value=”transparent”></param><embed src=”http://www.youtube.com/v/qkkwgrjOBFQ&rel=1” type=”application/x-shockwave-flash” wmode=”transparent” width=”425″ height=”355″></embed></object>

Permalink Leave a Comment

i have see~outlandish feat samy yusuf ~

January 18, 2008 at 11:52 am (1)

(feat. Sami Yusuf)

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I’m missing you

What happened to the ummah
Once known so well…

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I’m missing you

What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell
Used to inspire others with our way of thinking and speech
People came from afar just to hear us teach
Yo what happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell
Mosques are empty, refrigerators are stocked
We lost our deen we feel secure
‘Cause our mansions are locked
In my teen years Sallah wasn’t really that tight
Now I gotta pray each one of them twice
What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell
Brother we prefer light skinned women
While righteously maintaining our deen against racism
What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I’m missing you

What happened to the ummah once known so well
Greatness was known, but now can u tell
Kids in Africa are starving – can’t afford to cry
I’ll pay THE BANK interest for a car I can’t afford to buy
What happened to the ummah once known so well
Greatness was known, but now can u tell?
We used to smile at each other, with faces full of light
Now we frown at each other, we bicker and we fight
Pops in the mosque praying, kids in the streets hating
Kids on the corner selling, pops in the mosque preachin’
What happened to the ummah once known so well
Greatness was known but now can u tell?
The Quran has left out hearts stranded, hanging on out walls
6232verses, so strong
9 out of 10 of us can’t even read or write
1924 feels distant like way before Christ

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I’m missing you

Que le pasó a la maza
Como puede ser
La grandeza conocida
No la puedo ver
He visto como mi figura cae en tentación
A pesar de que la vida a sido buena con luz e ilusion
He pedido perdón por mis pecados
Tengo la cruz sobre mi cama y el diablo a mi lado
Que le pasó a la maza
Como puede ser
La belleza conocida
No la puedo ver
He sentido incompetencia buscando la verdad
Todos dicen conocerla solo veo la maldad
Que le pasó a la maza
Como puede ser
La pureza conocida
No la puedo ver

[Translation:]
What happened to the people
How can it be
Greatness was known
But now can you tell
I’ve watched myself fall from grace
Even though life has been good, filled with hopes and dreams
I’ve asked forgiveness for my sins
I have the cross above my bed and the devil by my side
What happened to the people
How can it be
Beauty was known
But now can you tell

If I was to fall on my knees and ask you to forgive everything for the Lord, out of Love, for the One,
oh oh oh… I’ve seen
And if u were to fall on ya knees and ask me the same
Brother, don’t even think about it, lets just break out of the darkness of ignorance

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I’m missing you …

Permalink Leave a Comment

adakah istilah `cinta islamik??~`

January 18, 2008 at 11:47 am (1)

Adakah istilah ‘Cinta? Islamik’

cinta dakwahDulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar

Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan

Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)

                                                                                               copy by: studio muslim.com

Permalink Leave a Comment

prinsip tukul

January 18, 2008 at 11:41 am (1)

Seorang ahli psikologi, Abraham Maslow, ada berkata, “Jika peralatan yang ada pada kamu hanyalah sebatang tukul, kamu dengan mudah akan melihat setiap masalah sebagai paku.”

Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dikehendakinya, kebanyakannya lebih suka mempertahankan apa yang dirasakan dirinya sebagai betul.

Jadi, dengan sedaya upaya dia akan cuba menyatakan pihak yang bertentangan pendapat dengannya sebagai salah dan dia adalah betul. Inilah yang dinamakan sebagai teknik ‘tukul’.

Apa sahaja benda mahu diketuknya. Kalau ada orang lain buat salah, terus sahaja mahu digunakan ‘tukul’ tersebut.

Apa sahaja benda mahu diketuknya. Kalau ada orang lain buat salah, terus sahaja mahu digunakan ‘tukul’ tersebut.

Tang… tang… tang….

Permalink Leave a Comment

amar-amani

January 18, 2008 at 10:12 am (lirik lagu)

Amani by AMAR

AMANITangisan sanubari telah terhentiKala suram suria memancar sinarnyaPertemuan seindah bayangan firdausiMenjadi zikir kasih yang suciLukisan dua jiwa menjadi satuTerkenang detik bertemunya kau dan akuSantun berhikmah mengingatkan diriHidup dan mati hanya untuk IlahiMengenggam janji cinta iniBertemu kasih tanpa jasadBicara tanpa suaraHanya tulisan bahasa indahMengeratkan antara kitaHinggalah ke akhirnyaKau ku sanjung kerna pengorbananBagai puteri di kayanganTika ku lesu hadapi hidupKau hembuskan nafas semangatPenawar hati

Permalink Leave a Comment

Hello world!

January 18, 2008 at 9:45 am (lirik lagu)

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Permalink 1 Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.